There was an error in this gadget

Tuesday, 26 April 2011

Adaptasi diri anda menjadi seorang wira..hahaha

Salam..ok hari ni sy ade bnda speSial..nk kongsi dgn kwn2..bt mase sekarang sy tgh membace buku yg ditulis oleh Fadzilah Kamsah, buku yg bertajuk 55 petua org Berjaya. Hari ni sy nk kongsi pasal Personaliti Adaptif. Adaptif ni membawa maksud penyesuaian diri dgn cara org di sekeliling kite, iaitu org, dan tempat. Mcm org kate la, masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek…
Untuk mencapai tahap personaliiti ni memang sukar..org yg keras kepale, degil  dan piker bagus xpayah nk berangan nk capai personaliti ni, sebab ade syarat tau..semua bnde ade syarat, nk khwin pon kena ade syarat, syarat khwin adalah sunat dulu..hahaha.
Ok syarat utk mencapat Personaliti Adaptif:
1.       Sangup menimba ilmu dari org lain;
Xkira la dia tu musuh ko ke, ko benci kt dia ke, bile tgk muke dia rase nk kencing atas muke dia je..tu xkisah..yg penting kite sangup nk ambil ilmu yg dia ade.. bt bodo je kalo dia kate ape.

2.       Bersedia utk mengubah tabiat lame kepade tabiat baru.
Ha, ni mesti la kn..kalo xubah tabiat lame mane nk maju, memang susah, aku sendiri pon nk ubah perangai pon payah, tp cuba la slow2, tp nanti jgn terkejut sbb bakal ade org yg mencemburui perubahan anda itu..

3.       Membina perasaan selesa dgn org lain.
Mcm ape yg aku ckp utk syarat pertama tadi. Walaupun ko benci rg tu, ko bt bodo je..cool. bt baik dgn dia, walaupun dia maki ko ke, herdik ko ke, ko diam je, kalo lebih2 sgt ko sound la sikit..ala.,manusia ni cpt beri tanggapan kt org lain, blm kenal dh ckp mcm2..kn..

4.       Pilih penampilan diri yg terbaik
Peeehhh, ni aku pernah bt, pakai bju smart sikit bdk kelas dh berteriak, perli2..eleh ko bt bodoh je..krg diam la dia org tu,  kjp je. Tp penampilan memang memberi sejuta perubahan pada diri. Pemilihan warna pon penting tau..pndi2 la pilih warna, laki xpe, dh khwin nanti isteri tolong pilih kn warna, kalo bini bt bodo je kite perang, tido asing..hahaha, cm aku, baju aku kadang2 awek aku yg pilih kn, Nampak cm buruk tp bile pki Nampak cantik, makin ayu I tau..

5.       Jgn cpt bt tanggapan mengarut kt org lain.
Ni memang ramai yg bt, ko org xkenal lagi dia, dh kasi tangapan mcm2. Tgk muke dia kerek sikit dh ckp dia sombong, tgk muke dia hensem ko org ckp dia playboy, tgk dia rapat dgn org kate dia gatal..mcm2..dunia2..Omar xsuke tau..

6.       Kita enjoy n ceria selalu.
Tips yg aku suke..hahaha.senym je kalo org nk kate ape..that is the best way..nanti dia org plk bengang..hahaha..mesra dgn org tau, xkita dia tu tukang sapu sampah ke, kerani ke, mane la tau nanti dia boleh tolong ko..n mungkin jd kwn rapat ko yg sering bantu ko dalam kesusahan, kdg2 member bnyk yg time senang je, time susah haram sekor pon xde..

7.       Kemahiran komunikasi  & mendengar yg baik
Ko kena bentuk diri jd seorang yg pndi bercakap, dan pendegar yg baik, bt lawak sikit, kalo kt kelas tu tgk suasana diam je,  ko bt la bnde yg nampak cm bodo sikit, tp xpe, tujuan utk menceriakan suasana, rajin bertanya, rajin melawat kawn2. Jgn jadi kera sumbang..bahaya tu..nanti mendatangkan tangapan negetif dari kawan2.

Itu serba sedikit ilmu yg aku boleh kongsi..aku kongsi sbb aku ade bt sedikit sebanyak apa yg diterangkan oleh Kamsah ni..aku dh cuba..n Alhamdulilah menjadi. Ko org try la pulak.

Monday, 25 April 2011

Betul ke Hang Tuah tu cina???

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.
Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.
Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

Sunday, 24 April 2011

Lagi kisah berkenaan REHAT dan TIDUR..

Sebab petang ni ade kelas Pendidikan Khas, siap gabung lagi..jd mungkin aku akan tidur lepas pembentangan..jd utk menjadikan tidur aku lebih bermakna, aku sertakan artikel ini, yg dipetik dari buku Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah (55 Petua Orang Berjaya)

Pemimpin Barat yg ‘kuat tidur' 
Winston Churchill adalah seorang Perdana MEnteri Britain yg kuat tidur, dia menjadi “pemain utama” semasa Perang Dunia Ke-2. Kerap kali dia pulang lewat malam, tetapi kerap juga dia berbaring dia atas katil sehingga tengah hari. Franklin D. Roosevelt pernah berkata kepada rakannya, “ Semasa saya jaga, iaitu waktu kerja, saya akan memberikan yang terbaik. Apabila saya rehat, saya berfikir sy tidak dapat melakukan sebaik itu sekiranya masalah yg sama datang, Apa yg boleh sy bt adalah tidak lain dan tidak bukan adalah tutup mata dan tidur.”




 Perdana Menteri Malaysia…
 Pernah suatu ketika sebuah akhbar terkemuka menemu ramah bekas perdana menteri Malaysia yg keempat, Tun Dr. Mahathir berkenaan dengan cara hidup dan kerja beliau. Apabila ditanya petua bagaimana belaiau dapat berkerja dengan cekap dan berkesan, tanpa kelihatan penat, beliau menjawab, beliau hanya perlu mendapatkan rehat yg cukup. Beliau akan mendapatkan tidur sekejap pd waktu tengah hari, antara 10 hingga 20 minit. Selepa itu, beliau memulakan kerja sebagai perdana menteri dengan bertenaga. BEliau juga mampu bertugas di luar Negara sebaik sahaja turun daripada kapal terbang setiap kali lawatan rasmi beliau. Petua-petuanya apa??? Beliau akan tidur di atas pesawat perdana menteri sehingga berbelas jam!!


 Amalan Tidur yang Menakjubkan
Seorang ahli sarkas yg terkenal, Gunther Gebel William keluar bekerja awal pagi dan balik lewat malam setiap hari. Bagaimana dia lakukanya? Dia mempunyai tabiat tidur yg pelik tapi menakjubkan. Dia dapat ‘menidurkan’ dirinya semasa sedang menyalin pakaian kostum. Beliau akan baring  sekejap di lantai dan tidur. Isterinya pernah berkata ‘kadang kala sy berasa cukup takut semasa dia memandu. Saya takut dia akan tidur semasa memegang stereng’.

Wanita..

Ok cuba la bace, dan pertimbangkan ape yg sy tulis ni ye..kalo silap mintak maaf..sbb ni semua dari pengalaman syg sendiri..tq

Lelaki sering bercita2 utk menjadi seorang suami, Nampak mudah, tp sangat susah, kwn saya pernah berkata, perkahwinan itu boleh disamakan seperti sangkar emas, yg diluar sangat mahu untuk masuk kedalam, tapi org di dalam sangat mahu utk berada diluar. Apa yg menyebabkan berlakunye pendapat sebegitu?. Mudah je jwpn dia.. pasangan tidak menghargai antara satu sama lain, kenape kita di wajibkan khwin kalo mampu?.utk mengelakkan benda2 yg xpatut dan sbb perkahwinan itu indah, bagi sesiapa yg tahu akan keindahannya. Terpulang kepada pasangan untuk menetapkan kaedah, cara dan pendekatan utk mengekalkan keindahan sangkar emas mereka supaya yg berada diluar sangkar emas ingin sangat masuk dan membina sangkar mereka sendiri.
Bagi lelaki yang nk membina sangkar emas atau telah membina sangkar emas ambil tip ini supaya dapat mengekalkan keindahan sangkar masing2. Sy tulis artikel ni pon sebab sy sendiri nk bina sangkar emas saya sendiri. Amin.

Untuk mewujudkan suasana indah dalam sangkar anda, terutama sekali anda perlu mengenal pasangan didalam sangkar anda. ISTERI, AWEK, MAKWE, AYG, B..hehehe..

Wanita:

Di sebalik kelembutan seseorang wanita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan, jd kaum adam perlu mempelajari cara utk merendahkan ego pasangan anda. Caranye adalah memahami mereka. Lagi lame lagi kite kenal..ok.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang. Ni normal la, sape yg xnk kasih sayang kn..kite lelaki pon nk kasih sayang. Tp kebanyakan laki2 termasuk sy sendiri, kasi perhatian kt wanita ni kadang2 je kn4…kadang2 tu kite malas nk ambik tahu.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang, kalo boleh call dia, msg dia, tnye kabar dia, kena tnye hari2..sbb dia org ni mudah terase, kalo xmsg sehari mula lah dia org kate kite lupe kt dia, xsyg la n macam2 lagi.

Berkongsilah masalah dengan mereka, kongsi tu bagus. Dengar pendapat mereka walaupun kadang2 pendapat dia org xleh pakai tp ye kn je…ckp cm ni “bagus pendapat ayg tu, untung abg sbb ayg ade dgn abg..syg ayg sgt2”. Tp jgn terus ckp pendapat dapat dai yg pertama tu bagus, suruh dia cari pendapat lain smpi dia pening, tgk dia, kalo dia still kasi pendapat lagi, tu bermakna dia betul2 ambil berat kt kite. Jd jgn kite sia2 kn pulak si dia tu ok.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Sbb nanti dia org marah. Antara benda remeh yg dia org akan tnye para lelaki hari2 smpi kite naik jemu adalah:
1)     Awk syg sy lagi x?
2)     Knpe jrg telifon.
3)     Sape pempuan yg bls comment awk tu?

Ni biar sy cite rahsia lelaki ye..lelaki mase mula2 je dia excited, time nk pikat..lepas setahun..yg msg dulu, yg call dulu, yg ajak keluar..semuanye pempuan..lelaki bt bodo je..termasuk sy sendiri..hehehehe

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya…Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut, lelaki jgn la sekali2 kendekut. Buruk benau. Tp pempuan jgn ambik kesempatan pulak..berpatutan la kalo nk mintak sesuatu..ikut kemampuan si pria..kalo sy pon sy bengang..

Lelaki oiii bt la lawak kt wanita ni. Kadang2 mereka ni ade mslh, jd ape salahnye kite perah idea sikit utk bt dia org ni happy walaupun seketika..sekurangnya mereka akan terlupa kejap masalah mereka..try la bt..they will appreciate it. Percaya lah..sbb sy selalu bt awek saya happy dan selalu bt awek sy nangis..hehehe..lumrah kehidupan..xsalah bt silap, kerana kesilapan itu akan menjadikan kite matang dan tau membezakan yg baik dan buruk..xde la pndi cakap je, buat nye x ade pon..mcm sy ni..

Ok cuba la bace, dan pertimbangkan ape yg sy tulis ni ye..kalo silap mintak maaf..sbb ni semua dari pengalaman syg sendiri..tq

P. Dickson




23 haribulan 4, 2011. Aku telah pergi ke Port Dickson bersama 3 orang rakan aku iaitu Zaki, Nasrul, dan Aiman. Masing-masing boring mase tu, jd si aiman ni cadang kite g genting, tp nasrul xnk, n aku cadang kite g Port Dickson, jd semua setuju, sebab dekat je pon.



Kite org pergi pon xrancang, ckp mulut terus pergi dalam pukul 9 kot kite org bertolak. Mase tu semua kt umah aku, tgk cite Maharaja Lawak, sambil tunggu yg lain siap. Lepas siap kite org gerak same2 dari rumah aku dgn 2 motor.


Mase kt highway tu memang best, aku bwk moto nasrul mase tu, ade 3 biji motor lain tgh convoy, jd aku cocok belakang dia org, tetibe je dia org laju, aku pon ligan la..bermulalah aksi merempit yg bahaya.. pikir balik kalo terbabas memang nahas. Aku follow 3 biji motor tu sampai    R&R Seremban. Dia org pergi isi minyak, aku n kwn aku g lepak kt parking kereta berehat jp.


Mase convoy tu memang best la. Seronok. Sbb xtau hala tuju kemane. Pakai sesah je. Asal ade jalan, kite org masuk je. Dekat dalam 1 jam kemudian kite org sampai kt susur keluar Port Dickson. Tgk signboard ade 36 Km lagi utk smpi ke Port Dickson, pe lagi..kite org sesah la kasi laju. Tgh sesah tu tetibe tgk kawasan sekitar gelap je. Mase tu aku bawak motor pandang depan je wee.. xberani aku nk pandang kiri kanan, takut bnde lain lak yg melambai, risau tu je.. Then smpi kt hentian yg xsiap g, hentian ape pon aku xtau, lupe, kite org berhenti jp tgk kalau2 ade kedai, boleh mkn jp. Tetibe lak mulut si nasrul ni laser plk, “7 Perhentian” boleh dia ckp cite hantu tu, pe lagi, xjd singgah la.. jln terus..mase tgh jalan tu x de satu kereta pon..hanya 2 biji motor dan 4 org lelaki yg kesejukan serta perlukan belaian manja..hehehe mase tu memang takut la.



Lame x lame la dekat 30 minit gak kite org lalu jln xberlampu. Akhirnye smpi gak kt PD. Sempat lagi kite org tangkap gmbr kt pintu gerbang dia oii…seronok punye pasal.


Then kite org bwk rilek je, slow je…tgh bwk slow time tu lak ade mat rempit tgh setting nk race, ade show la tu…mcm nk ikut. Tp malas plk. Memang bnyk la..rase cm zaman sekolah plk..hahaha..kite org teruskan perjalanan hingga sampai ke Teluk Kemang. Then kite org rest kt situ, tgk laut. Ramai oiii..mcm2 jenis org dapat dilihat, yg cerah ade, gelap ade, separa open ade, yg x open ade, yg nk open habis pon ade…tp kami bt bodo je..bdn xbergerak, mate je bergerak…tgk suasana.. style kn..then p main air kjp, xtahan tgk air, jgn salah angap..air laut k.  memang tenang kepale otak aku…puas hati..




Nas      :           Tidur rapat2 jgn jarak2,
Kami   :           Kenape?
Nas      :           Takut ape2 nanti
Kami   :           Takut pe?
Nas      :           Jin

Memang xleh tahan la..tp dlm gelak2 tu still takut gak..betul gak ape si nasrul ckp tu. Then lepas p tandas, cepat2 cari tmpt tdo..aku siap berlari nk pilih tmpt tdo, xnk tdo tepi..takut kene sergah tetibe..tp silap pilih tmpt lak..aku tdo kt tepi tembok, bile toleh sebelah nampak jalan, langsung aku pandang kt muke Aiman sbb aiman tdo sebelah aku, sebelah Aiman, Nasrul, Zaki tdo hujung..zaki la paling berani..hahaha mase tu nk dekat pukul 4 pg.

Sedar je dh subuh. Memang lena tdo, tetibe ade pak cik dtg, nk azan kot..then tibe2 dia marah, sebab letak kepala atas sejadah.. masing2 terdiam, then pak cik tu pergi dlm nk azan. Kite org pon blah la, sbb bengang..terus solat kt R&R Seremban..then terus balik umah..smpi dlm pukul 7 kot..smpi je terus tdo..ngantuk gile..
Hari tu memang best..life..hehehe



Saturday, 23 April 2011


BABY..BABY..BABY OOOOIIIIII

AKU DAN DIA
Anak sape ni?? 

Seronok kalo ade anak..tau x adik2..pengikat antara seseorang pasangan itu adalah anak2 mereka..
bersyukurlah jika kita dikurniakan anak, sambut kehadiran anak itu dengan perasaan bersyukur. Allah SWT berfirman Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan anak lelaki kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50)

Anak-anak lah penyeri rumah tangga, x percaye tnye mak bapak ko org. bertape seronok nye dia org bile ko org lahir, kemain dia timang2, dodoi2, jage rapi smpi nyamuk pon xleh dekat dgn ko org. Si bapak walaupun time kite dh besar marah2 n asik bengis je, tp hakikatnye dalam hati dia terbentang perasaan sayang kt ko org, dia org nk tgk anak dia org jd org berguna tu je, dia org xharap pon duit ko org, tp kalo ko org nk kasi.. dia org terima je la. rezeki jgn ditolak maut jgn dicari..hehehe

Si mak nye pulak sentiase je backup anak nye...hehehe sentuh pon x pernah. ape yg anak nk semua si ibu ni kasi walaupun terpakse berperang dengan suami dia. demi anak tercinta..oiii dia bwk ko kehulu kehilir dlm perut dia kot..mane dia xsayang.. dgn penat nye, sabar nye..laki2 mane rase..laki2 kurang sabar sikit, tu pasal lelaki xleh mengandung, lagi satu, si lelaki ni selalu bt keje kasar, kalo ape2 jadi kt anak tu kn susah, n lelaki ni kdg2 suke bt xkisah je, beza dgn pempuan, sebab pempuan ni hal remeh pon dia kaji..hehehe..

Jd bersedialah untuk menjadi seorang bapak n ibu yg dapat membimbing anak ko org ke arah yg betul...ingat, anak itu adalah tangungjawab..kite kena bertangungjawab terhadap ape yg dia org buat sampai la dia org  baligh n menanggung dosa n pahalanya sendiri.

Ingat ibu dan ayah anda..kerana mereka sentiasa mengingatkan anda..

Syg bakal bini aku sgt2 (Nur Hidayah bt Taha)...anak 5 org ye..hahahahha






Sunat Tidur Siang Sejenak


Ini adalah satu amalan Rasulullah yang sering baginda lakukan, kite pon pernah bt. sebagai contoh tidur kt kelas..hehehe jd kepada yg sering tidur kt kelas tu cuba la bace catatan ni, ia akan melega kn anda. hehehe

Ketika menjelang waktu Zohor, Rasulullah selalu tidur siang sejenak. tidur ini memberi kepuasan kepada tubuh yang telah letih dan penat. Tubuh kite ni memang xleh nk terus menerus bt kerje, kite bukan robot. jd amal kn tidur utk menjage kesihatan. penting tau..tidur pon ade care dia. waktu sebelum asar, jgn tidur selepas subuh yg sering org zaman sekarang bt, termasuk aku sendiri, lepas subuh booom tdo balik..conferm, time praktikum je x..hehehe

Jangan kite abaikan tidur, kerana apabile kite xtidursecara kite xsedar, akan terjadi penurunan kemampuan pada badan utk melakukan perkerjaan, dan boleh mendatangkn penyakit, antaranya adalah masalah otot dan saraf. 

Tp ingat...jgn tidur selepas waktu asar, lepas makan dan lepas subuh..xelok..kalo tidur waktu asar kite bakal jadi gile. Kalo tidur lepas makan ko org punye hati nanti jd keras dan (obesiti). Kalo waktu subuh plk, mase tu rezeki tengah dibahagikan..ko org xnk ke rezeki saat ia tengah dibahagikan???..aku pon xnk oiii...

Jadi bagi kwn2 ku yg nk tidur kt kelas, tidur la lepas zohor..hehehe..jgn time pagi..kalo ade kelas pukul 2.30 petang tu ko org tidur la..hehehe..kalo lec tegur cakap la letih, nk tingkatkn tenaga utk solat malam nanti. hehehe..SALAM..

Friday, 22 April 2011

Aku & Dia di Bukit Tinggi

Gmbar ni mase aku kt bukit tinggi..cantik kn gmbr tu..org nye pon cantik kn.. dh lame dh aku p tmpt ni tp sebab nk kongsi punye pasal, aku tulis gak..aku g tahun lepas tempat ni,  tahun 2010. Pemandangan kt tempat ni memang cantik, first time aku jejak kaki kt sini, menggigil kaki aku naik bukit bos. Tujuan aku p tmpt ni sebab awek aku nk tgk arnab sgt.. kate nye arnab tu comel la, nk pegang la mcm2. Tp aku memang nk p pon tmpt cm ni..nature. just buat-buat poyo cm xnk p, tp dlm hati excited. Jike dibandingkan g Time Square, n pusat membeli belah yg lain. tu buang mase je pe barang..lotih jo. boli nyo xdo pon eden tgk. Baik kite p tempat cm ni, tenang fikiran, lari dari pusat bandar yg memeningkan. ni baru life. next time aku nk g Langkawi plk, nk naik basikal sekitar Langkawi..tu pon kalo kesampian (kalo duit ade la)..hehehe.




haa..ni la gmbr arnab yg sempat aku rakam. Pihak yg bertanggungjawab memelihara arnab ni memberi kebenaran kt kite org utk memegang arnab ni, bukan senang dia nk kasi pegang tau..org yg tertentu je boleh. maksud aku org yg bayar la..ok. kalo xbayar xleh nk masuk. Comel kn??  cute x?? arnab tu tau, bkn yg pegang tu tau..nanti i marah tau..

                                        

                                        
                          


Ni pulak mase kt taman jepun..yg ni memang style..cantik cantik cantik cantikkkk..rase xnk balik je bile kt sini. air terjun buatan sendiri, ikan2 nye, tumbuhan2 nye, latar belakannya, rumah - rumahnye..memang cantik..terbaik la. pndi la dia org reka tmpt cm ni..kalo ko org xcaye ko org p la..memang terkejut n menakjubkan. walaupun nampak cm panas kn, dgn cahaya matahari yg terik, tp kebenarannye tmpt ni memang sejuk, dingin je, xrase pon panas matahari tu.







Ini pulak adalah bangunan xtau pe name bangunan ni..tp yg aku tau ade bnyk bendera kt sini, selangor ade, sabah, serawak, penang, johor dan melake pon ade..semua ade.dan kalo ko org berkesempatan ko org g la tmpt ni..best.tenang kepale otak ko org nanti. kedah, terenganu, kelantan, negeri sembilan, perak, perlis, pahang, kuala lumpur..kene sebut semua negeri baru nampak mcm petriotik kn.







Ni pulak adalah bangunan ala-ala inggeris gitu. Yang ni paling aku frust..aku pikir xleh masuk, rupenye boleh masuk. menyesal aku. penat je bayar duit masuk..dia org kata dlm tu ade kedai makan orang putih, hotel pon ade tp aku memang bengang sbb xmasuk, tp xpe, ade mase nanti aku nk p tmpt ni kalo boleh nk rase tido kt sini dgn bini aku la, jln2 di waktu malam..peeehhh..romantik gile..hahahaha..xleh ckp bahasa melayu, mesti ckp bahasa orang putih..baru rase cm kt England si penjajah tu. 



Ok sampai sini je cerite dari aku, nanti ade cite baru aku hntar la. Itu sahaja dari kami untuk anda, 
peace no war..bye2..see u next time.

Rokok..

Rokok dikatakan penyebab kepada pelbagai penyakit diantaranya seperti keguguran pada janin masalah sakit jantung, senang cite bende yg membawak kepade mati. Dengar pasal mati ni semua org takut, aku sendiri pon takut..ko org yg bace blog ni pon mesti takut kn, dh la bt bnyk dose, xbertaubat lagi..lagi2 org yg cm aku ni. alang2 ckp pasal bnde ni denga la lagu ni ye..rase takut sikit.


Pengakuan ikhlas bahawa aku sendiri adalah salah seorang perokok tp xtegar. aku start merokok ni time aku form 2 rasenye la tp mase tu aku hisap 2 ke 3 sedut lps tu pas kt org lain. time yg aku betul2 kuat hisap rokok adalah time kt Maktab..haa. sebab kenape aku hisap... sbb kt maktab ni bt kn kepale aku pening. bnyk tugasan, exam dan bermacam2 masalah. Tp walau pon cm tu aku still merasekan menjadi guru ni ok la, tp kalo ckp psl maktab seyez aku menyampah. aku suke jd guru tp xsuke maktab.. ko org nk tau kenape, sebab maktab ni adalah penjara, buat tu xleh bt ni xleh..ape yg boleh aku pon xtau. jauh melencong ni...sory ..kt sambung balik bab rokok..

Rokok ni memang ia membawa kepada ketidak selesaan org sekeliling, dgn bau asap rokok nye bt nasaf org tersekat2, bagi perokok setiap asap tu bermakne..ni aku cite sikit time sekolah. time sekolah kite org beli rokok dan pancung(kongsi) ramai2, sampai kepuntung rokok yg dh xde tembakau tu pon kite org hisap nk menunjuk kan bertapa berharganya rokok tu..kalo ade budak yg hisap tp xtarik dalam2 dikatenye membazir.. cm ne nk tau budak tu tarik dalam2 atau just paras mulut je cm ni, kalo asap yg keluar tu warna kelabu2 dekat2 nk ke cokolat maka budak tu tarik, tp kalo warna putih bersih maka budak tu xtarik dalam2 dan bakal dimaki oleh budak2 yg lain. contoh ayat maki: jgn tiru ye.(.babi ko anak Wahab, membazir sial, ko xsedut bodo...sedut le..ko tarik je dalam2 baru nikmat)..dari ayat ni aku dapat kenang kembali, member yg ajar aku merokok ni la yg betul2 sahabat aku.. time susah dia org mesti ade dgn aku, bantu aku, walaupun dia org ni kurang pendidikan tp tatasusila dia org ade, nampak ciri2 kemelayuan. berbanding org yg dh bljr tinggi2 smpi puncak alam, tp sikap n perangai langsung xboleh pakai  mcm baby...

Bakal isteri aku sendiri pon xsuke perokok, mase first time jumpe pon siap tutup2 hidung konon dia xtau yg kt depan dia ni adalah bakal pakwe dia..hahaha. Tp dia syg aku.. cm ne aku tau, sbb kalo xsyg dh lame dia tinggai kn aku, dh la aku ni xhensem isap rokok plk tu, kalo aku ni hensem xpe..hehe. siap suruh aku berhenti merokok lagi tu siap ambik rokok aku lagi tu, aku mintak sebatang dia suruh bayar seringgit..aku suruh tingalkn aku xnk..rase cm lawak pulak tp tu la kenyataanye. bila kita dh menyayangi seseorang, kite jd xkisah, kite akn sedaya upaya membetulkan kesilapan pasangan kite. betulkn??

Bakal isteri aku pon dh tetap kn tarikh utk aku berhenti merokok.. tarikh dia xleh la nk ckp..nanti ko org kejau aku, kutuk, kate aku poyo la kalo xjd berhenti..hehehe..jd biar lah rahsia bak kate siti norhaliza ( no komen, no komen) hehehe. Tp yg paling penting bagi perokok di luar sana tu, pikir masak2, ingat org tersayang. pikir kn ape akan terjadi kalo berterusan cm ni. kite boleh berfikir tp kite malas nk berfikir. kite boleh berhenti tp selagi rakan kite xmati selagi tu la kite hisap, bila sorang dh mati disebabkan rokok baru nk berhenti..hehehe..cm Pak Ngah aku.. aku ckp ni bukan utk mengutuk atau nk kate aku ni bagus, aku sendiri hisap rokok..tp aku cube nk berhenti..apa salah nye kalo kite cube, xsalah kn.. di bawah ni aku senaraikan penyakit yg disebab kn oleh merokok dan dan petua nk berhenti merokok, mane aku dapat contoh penyakit ni!! aku ambik dari internet..\jujur kn..hehe


PETUA NK BERHENTI MEROKOK

  • Tarik nafas panjang (kurang berkesan)
  • Minum air SUAM
  • Membuat kerja lain
  • Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
  • Mandi (ni pon berkesan, seyez.. bile rase nk merokok je p bilik air, mandi)
  • Basuh tangan
  • Senaman ringan ( contoh : regangan)
  • Sembahyang / meditasi  ( AKU SGT2 SARANKN AGAR KO ORG BT)


 PENYAKIT SEBAB DARI MEROKOK...
  • Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
  • Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
  • Barah paydara: lebih 11 kali ganda
  • Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
  • Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
  • Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
  • Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
  • Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda



praktikum pertama ku..

Praktikel First Time...

First time ni memang agak gugup la, aku p sekolah dgn 2 org member aku, masing2 naik moto hadi n GG..dia org ni aliran perdana aku plk aliran Pendidikan Khas. pagi tu aku bangun pukul 5.30 pg..xpernah aku bgn time cm ni, kalo bgn pon time aku mengigau mimpi b_s_ _..hehehe..kite sambung cite..perjalanan agak lebih kurang 20 minit kot..bwk moto dlm kelajuan 120 km/j kot. kite org berkumpul kt umah hadi dalam pukul 6..then gerak. ok aku tunjuk kn gmbr member aku yg boleh dikatakn not bad la..boleh thn la..kalo bt jadi pakwe xmalu la..

poyo..haha
Ok in kwn aku yg pertama, aku pangil dia GG, tinggi dia 169 cm, berat dia 59 kg. dia ni style..time dia mengajar memang perform. budak-budak suke dgn dia ni, sbb dia cute kot. n utk makluman ko org, budak yg dia pegang tu name dia Farisi, bdk ni pernah hilang mase kt sekolah, ko tau dia ni g mane?..dia ni p masjid yg hampir 1 km dari sekolah n azan kt mimbar masjid, memang mase tu aku cuak gile mane xnye puas aku pusing satu sekolah then naik moto p cari, selamat ade mak cik tu ckp dia jumpe sorang budak lari kt tengah jalan smbil depa tgn n bt cm nk terbang, gile, ko org boleh bayang x cm ne aku rase kalo la jadi ape2 cikgu PK yg kena,selamat jumpe kalo xjumpe aku xtau nk bt cm ne. dan utk pengetahuna ko org  dia ni pelajar disleksia. hidup dlm dunia dia sendiri. 

Ok ni pulak member aku yg kedua, name dia hadi. ketinggian 179cm.. tinggi ni..berat badan 80 kg. kalo ko nk tau dia ni pon dh berbini. umur dia ni 24 thn, tp khwin dgn pempuan 29 thn..power kn..dia kate pempuan 29 thn bnyk pengalanan. dia ni pon cikgu PJ gak.


budak2 PK ni baru je lepas naik turun tangga, pengajaran hari tu.

bagi pengetahuan ko org..yg pakai baju biru tu adalah aku..kt sebelah aku tu adalah cikgu huda..dia ni bnyk cakap..tp dia ni ok..kurang mengumpat la org kate..jenis direct .budak kt sekeliling aku 2 ni tgh minum air yg aku bawak dari rumah, habis lesap air aku,  tp seronok tgk dia org minum..bg pihak awek aku, jgn cemburu ye..seyez abg dgn cikgu ni xde ape2.

cikgu cun
Ok ni pulak cikgu yg dh khwin tp still nampak mude..kalo aku tertarik dgn cikgu ni conferm cikgu laki kt sekolah pon minat, tp syg, dia dh jadi milik org..jgn risau, bnyk g yg cun kt luar sane. tujuan aku letak gmbr ni bkn nk cite psl cikgu ni, tp psl bdk2 tu..time ni dia org tgh tunggu mak bapak dia org ambik dia, ko org nk tau, ada anak Erma Fatimah wehhh...gua terkejut, anak awie wings pon ade bos, gua bkn nk cite bohong..SMKTM 2, sekolah ni memang bnyk anak2 artis n anak2 datok. aish, tgk gmbr cikgu ni cntik plk..untung suami dia..lupe nk ckp cikgu ni ade anak 2..

cikgu muda..hehe...
gmbr kt atas tu adalah gmbr member pempuan aku, dia org ni pon same praktikum kt sekolah SKTM 2. yg tengah tu nama dia Rihana, name artis kn..yg duduk belakang bdk kecik tu plk syakirah.. name artis kn,..n yg 
sebelah rihana tu adalah Jura..cute kn dia org ni..huhuhu..n yg budak kecik tu name dia Zaim, satu kelas dgn Farisi ( bdk lari g masjid). tp Zaim ni ok sket, just pelat je, dia ni pndi main bowling oiii.cm xcaye je..

kt sekolah ni bnyk yg aku belajar..n mcm2 pengalaman yg aku dapat, antaranya adalah bersabar. bukan senang nk mengajar oi..pening. kadang2 smpi malas nk mengajar.tp kite kena ikhlas dlm ape yg kite bt. insyAllah tuhan balas jase baik kite membantu murid2 ni.

letih lak tulis ni..nanti aku sambung blik..

Thursday, 21 April 2011

baru je bt blog..

hehehe.. ini adalah kali pertama dalam sejarah aku bt blog..xpernah langsung terpikir nk buat blog..yang memberi inspirasi kt aku adalah member aku sendiri..bukan nama sebenar (zaki). 
aku bt blog ni pon ade sebab n ade cite disebaliknye..

Sebab pertama: 
awek aku suruh aku buang fb aku..Alasan dia, sbb bnyk pempuan add aku, dia cemburu..hehehe..tp sbnr nye aku yg bnyk add pempuan, dia org aprove je..biase la jiwa bujang..nanti dh khwin dh xmerase dh nk gatal-gatal ni...

Sebab kedua: 
aku bosan sebab fb kena buang. aku nk je aktif kn akaun fb aku, tp sebab jujur n setia kt awek, aku tahan je hati bt xtau je, cool kate org..tp kt umah aku, member aku hari-hari bukak fb, xke mcm cilake..punye la syok layan.. fb ni bukan pe..tmpt nk cari awek je..nk chat dgn member laki pon kadang-kadang je..yg selalu mamat mamat maco kt luar tu chat adalah wanita-wanita sunti yg menanti buah hati bagai nk mati..hehehe..

Sebab ketige: 
nk lepas semua perasaan aku kt blog ni..ape yg aku rase, ape yg aku pendam segala ilmu dan pengetahuan yg aku ade akan aku kongsi dgn ko org..dan ko org jgn la malu-malu nk berkongsi pendapat n ilmu ko org...ilmu jgn kemut tau..dan untuk pengetahuan ko org yg xtau ape maksud kemut tu..maksud kemut tu adalah kendekut.

jadi untuk mengakhiri majils perasmian pembukaan blog aku ni..aku sedekahkan sedikit pantun utk ko org..n hope ade la yg membace blog aku ni..kalo ade la..kalo xde memang cilake la.. ok bace pantun ni..

bunga raya kembang mekar,
kembang mekar di dalam taman,
hidup ini hanyalah pelakar,
untuk kehidupan diakhir zaman.

manusia diberi akal fikiran,
supaya memikirkan masa hadapan,
cubalah baca segala coretan,
dari saya untuk kalian.

jgn lupe bace tau..xnk bace pon xpe..