Tuesday, 26 April 2011

Adaptasi diri anda menjadi seorang wira..hahaha

Salam..ok hari ni sy ade bnda speSial..nk kongsi dgn kwn2..bt mase sekarang sy tgh membace buku yg ditulis oleh Fadzilah Kamsah, buku yg bertajuk 55 petua org Berjaya. Hari ni sy nk kongsi pasal Personaliti Adaptif. Adaptif ni membawa maksud penyesuaian diri dgn cara org di sekeliling kite, iaitu org, dan tempat. Mcm org kate la, masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek…
Untuk mencapai tahap personaliiti ni memang sukar..org yg keras kepale, degil  dan piker bagus xpayah nk berangan nk capai personaliti ni, sebab ade syarat tau..semua bnde ade syarat, nk khwin pon kena ade syarat, syarat khwin adalah sunat dulu..hahaha.
Ok syarat utk mencapat Personaliti Adaptif:
1.       Sangup menimba ilmu dari org lain;
Xkira la dia tu musuh ko ke, ko benci kt dia ke, bile tgk muke dia rase nk kencing atas muke dia je..tu xkisah..yg penting kite sangup nk ambil ilmu yg dia ade.. bt bodo je kalo dia kate ape.

2.       Bersedia utk mengubah tabiat lame kepade tabiat baru.
Ha, ni mesti la kn..kalo xubah tabiat lame mane nk maju, memang susah, aku sendiri pon nk ubah perangai pon payah, tp cuba la slow2, tp nanti jgn terkejut sbb bakal ade org yg mencemburui perubahan anda itu..

3.       Membina perasaan selesa dgn org lain.
Mcm ape yg aku ckp utk syarat pertama tadi. Walaupun ko benci rg tu, ko bt bodo je..cool. bt baik dgn dia, walaupun dia maki ko ke, herdik ko ke, ko diam je, kalo lebih2 sgt ko sound la sikit..ala.,manusia ni cpt beri tanggapan kt org lain, blm kenal dh ckp mcm2..kn..

4.       Pilih penampilan diri yg terbaik
Peeehhh, ni aku pernah bt, pakai bju smart sikit bdk kelas dh berteriak, perli2..eleh ko bt bodoh je..krg diam la dia org tu,  kjp je. Tp penampilan memang memberi sejuta perubahan pada diri. Pemilihan warna pon penting tau..pndi2 la pilih warna, laki xpe, dh khwin nanti isteri tolong pilih kn warna, kalo bini bt bodo je kite perang, tido asing..hahaha, cm aku, baju aku kadang2 awek aku yg pilih kn, Nampak cm buruk tp bile pki Nampak cantik, makin ayu I tau..

5.       Jgn cpt bt tanggapan mengarut kt org lain.
Ni memang ramai yg bt, ko org xkenal lagi dia, dh kasi tangapan mcm2. Tgk muke dia kerek sikit dh ckp dia sombong, tgk muke dia hensem ko org ckp dia playboy, tgk dia rapat dgn org kate dia gatal..mcm2..dunia2..Omar xsuke tau..

6.       Kita enjoy n ceria selalu.
Tips yg aku suke..hahaha.senym je kalo org nk kate ape..that is the best way..nanti dia org plk bengang..hahaha..mesra dgn org tau, xkita dia tu tukang sapu sampah ke, kerani ke, mane la tau nanti dia boleh tolong ko..n mungkin jd kwn rapat ko yg sering bantu ko dalam kesusahan, kdg2 member bnyk yg time senang je, time susah haram sekor pon xde..

7.       Kemahiran komunikasi  & mendengar yg baik
Ko kena bentuk diri jd seorang yg pndi bercakap, dan pendegar yg baik, bt lawak sikit, kalo kt kelas tu tgk suasana diam je,  ko bt la bnde yg nampak cm bodo sikit, tp xpe, tujuan utk menceriakan suasana, rajin bertanya, rajin melawat kawn2. Jgn jadi kera sumbang..bahaya tu..nanti mendatangkan tangapan negetif dari kawan2.

Itu serba sedikit ilmu yg aku boleh kongsi..aku kongsi sbb aku ade bt sedikit sebanyak apa yg diterangkan oleh Kamsah ni..aku dh cuba..n Alhamdulilah menjadi. Ko org try la pulak.

Monday, 25 April 2011

Betul ke Hang Tuah tu cina???

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.
Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.
Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

Sunday, 24 April 2011

Lagi kisah berkenaan REHAT dan TIDUR..

Sebab petang ni ade kelas Pendidikan Khas, siap gabung lagi..jd mungkin aku akan tidur lepas pembentangan..jd utk menjadikan tidur aku lebih bermakna, aku sertakan artikel ini, yg dipetik dari buku Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah (55 Petua Orang Berjaya)

Pemimpin Barat yg ‘kuat tidur' 
Winston Churchill adalah seorang Perdana MEnteri Britain yg kuat tidur, dia menjadi “pemain utama” semasa Perang Dunia Ke-2. Kerap kali dia pulang lewat malam, tetapi kerap juga dia berbaring dia atas katil sehingga tengah hari. Franklin D. Roosevelt pernah berkata kepada rakannya, “ Semasa saya jaga, iaitu waktu kerja, saya akan memberikan yang terbaik. Apabila saya rehat, saya berfikir sy tidak dapat melakukan sebaik itu sekiranya masalah yg sama datang, Apa yg boleh sy bt adalah tidak lain dan tidak bukan adalah tutup mata dan tidur.”




 Perdana Menteri Malaysia…
 Pernah suatu ketika sebuah akhbar terkemuka menemu ramah bekas perdana menteri Malaysia yg keempat, Tun Dr. Mahathir berkenaan dengan cara hidup dan kerja beliau. Apabila ditanya petua bagaimana belaiau dapat berkerja dengan cekap dan berkesan, tanpa kelihatan penat, beliau menjawab, beliau hanya perlu mendapatkan rehat yg cukup. Beliau akan mendapatkan tidur sekejap pd waktu tengah hari, antara 10 hingga 20 minit. Selepa itu, beliau memulakan kerja sebagai perdana menteri dengan bertenaga. BEliau juga mampu bertugas di luar Negara sebaik sahaja turun daripada kapal terbang setiap kali lawatan rasmi beliau. Petua-petuanya apa??? Beliau akan tidur di atas pesawat perdana menteri sehingga berbelas jam!!


 Amalan Tidur yang Menakjubkan
Seorang ahli sarkas yg terkenal, Gunther Gebel William keluar bekerja awal pagi dan balik lewat malam setiap hari. Bagaimana dia lakukanya? Dia mempunyai tabiat tidur yg pelik tapi menakjubkan. Dia dapat ‘menidurkan’ dirinya semasa sedang menyalin pakaian kostum. Beliau akan baring  sekejap di lantai dan tidur. Isterinya pernah berkata ‘kadang kala sy berasa cukup takut semasa dia memandu. Saya takut dia akan tidur semasa memegang stereng’.

Wanita..

Ok cuba la bace, dan pertimbangkan ape yg sy tulis ni ye..kalo silap mintak maaf..sbb ni semua dari pengalaman syg sendiri..tq

Lelaki sering bercita2 utk menjadi seorang suami, Nampak mudah, tp sangat susah, kwn saya pernah berkata, perkahwinan itu boleh disamakan seperti sangkar emas, yg diluar sangat mahu untuk masuk kedalam, tapi org di dalam sangat mahu utk berada diluar. Apa yg menyebabkan berlakunye pendapat sebegitu?. Mudah je jwpn dia.. pasangan tidak menghargai antara satu sama lain, kenape kita di wajibkan khwin kalo mampu?.utk mengelakkan benda2 yg xpatut dan sbb perkahwinan itu indah, bagi sesiapa yg tahu akan keindahannya. Terpulang kepada pasangan untuk menetapkan kaedah, cara dan pendekatan utk mengekalkan keindahan sangkar emas mereka supaya yg berada diluar sangkar emas ingin sangat masuk dan membina sangkar mereka sendiri.
Bagi lelaki yang nk membina sangkar emas atau telah membina sangkar emas ambil tip ini supaya dapat mengekalkan keindahan sangkar masing2. Sy tulis artikel ni pon sebab sy sendiri nk bina sangkar emas saya sendiri. Amin.

Untuk mewujudkan suasana indah dalam sangkar anda, terutama sekali anda perlu mengenal pasangan didalam sangkar anda. ISTERI, AWEK, MAKWE, AYG, B..hehehe..

Wanita:

Di sebalik kelembutan seseorang wanita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan, jd kaum adam perlu mempelajari cara utk merendahkan ego pasangan anda. Caranye adalah memahami mereka. Lagi lame lagi kite kenal..ok.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang. Ni normal la, sape yg xnk kasih sayang kn..kite lelaki pon nk kasih sayang. Tp kebanyakan laki2 termasuk sy sendiri, kasi perhatian kt wanita ni kadang2 je kn4…kadang2 tu kite malas nk ambik tahu.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang, kalo boleh call dia, msg dia, tnye kabar dia, kena tnye hari2..sbb dia org ni mudah terase, kalo xmsg sehari mula lah dia org kate kite lupe kt dia, xsyg la n macam2 lagi.

Berkongsilah masalah dengan mereka, kongsi tu bagus. Dengar pendapat mereka walaupun kadang2 pendapat dia org xleh pakai tp ye kn je…ckp cm ni “bagus pendapat ayg tu, untung abg sbb ayg ade dgn abg..syg ayg sgt2”. Tp jgn terus ckp pendapat dapat dai yg pertama tu bagus, suruh dia cari pendapat lain smpi dia pening, tgk dia, kalo dia still kasi pendapat lagi, tu bermakna dia betul2 ambil berat kt kite. Jd jgn kite sia2 kn pulak si dia tu ok.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Sbb nanti dia org marah. Antara benda remeh yg dia org akan tnye para lelaki hari2 smpi kite naik jemu adalah:
1)     Awk syg sy lagi x?
2)     Knpe jrg telifon.
3)     Sape pempuan yg bls comment awk tu?

Ni biar sy cite rahsia lelaki ye..lelaki mase mula2 je dia excited, time nk pikat..lepas setahun..yg msg dulu, yg call dulu, yg ajak keluar..semuanye pempuan..lelaki bt bodo je..termasuk sy sendiri..hehehehe

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya…Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut, lelaki jgn la sekali2 kendekut. Buruk benau. Tp pempuan jgn ambik kesempatan pulak..berpatutan la kalo nk mintak sesuatu..ikut kemampuan si pria..kalo sy pon sy bengang..

Lelaki oiii bt la lawak kt wanita ni. Kadang2 mereka ni ade mslh, jd ape salahnye kite perah idea sikit utk bt dia org ni happy walaupun seketika..sekurangnya mereka akan terlupa kejap masalah mereka..try la bt..they will appreciate it. Percaya lah..sbb sy selalu bt awek saya happy dan selalu bt awek sy nangis..hehehe..lumrah kehidupan..xsalah bt silap, kerana kesilapan itu akan menjadikan kite matang dan tau membezakan yg baik dan buruk..xde la pndi cakap je, buat nye x ade pon..mcm sy ni..

Ok cuba la bace, dan pertimbangkan ape yg sy tulis ni ye..kalo silap mintak maaf..sbb ni semua dari pengalaman syg sendiri..tq

P. Dickson




23 haribulan 4, 2011. Aku telah pergi ke Port Dickson bersama 3 orang rakan aku iaitu Zaki, Nasrul, dan Aiman. Masing-masing boring mase tu, jd si aiman ni cadang kite g genting, tp nasrul xnk, n aku cadang kite g Port Dickson, jd semua setuju, sebab dekat je pon.



Kite org pergi pon xrancang, ckp mulut terus pergi dalam pukul 9 kot kite org bertolak. Mase tu semua kt umah aku, tgk cite Maharaja Lawak, sambil tunggu yg lain siap. Lepas siap kite org gerak same2 dari rumah aku dgn 2 motor.


Mase kt highway tu memang best, aku bwk moto nasrul mase tu, ade 3 biji motor lain tgh convoy, jd aku cocok belakang dia org, tetibe je dia org laju, aku pon ligan la..bermulalah aksi merempit yg bahaya.. pikir balik kalo terbabas memang nahas. Aku follow 3 biji motor tu sampai    R&R Seremban. Dia org pergi isi minyak, aku n kwn aku g lepak kt parking kereta berehat jp.


Mase convoy tu memang best la. Seronok. Sbb xtau hala tuju kemane. Pakai sesah je. Asal ade jalan, kite org masuk je. Dekat dalam 1 jam kemudian kite org sampai kt susur keluar Port Dickson. Tgk signboard ade 36 Km lagi utk smpi ke Port Dickson, pe lagi..kite org sesah la kasi laju. Tgh sesah tu tetibe tgk kawasan sekitar gelap je. Mase tu aku bawak motor pandang depan je wee.. xberani aku nk pandang kiri kanan, takut bnde lain lak yg melambai, risau tu je.. Then smpi kt hentian yg xsiap g, hentian ape pon aku xtau, lupe, kite org berhenti jp tgk kalau2 ade kedai, boleh mkn jp. Tetibe lak mulut si nasrul ni laser plk, “7 Perhentian” boleh dia ckp cite hantu tu, pe lagi, xjd singgah la.. jln terus..mase tgh jalan tu x de satu kereta pon..hanya 2 biji motor dan 4 org lelaki yg kesejukan serta perlukan belaian manja..hehehe mase tu memang takut la.



Lame x lame la dekat 30 minit gak kite org lalu jln xberlampu. Akhirnye smpi gak kt PD. Sempat lagi kite org tangkap gmbr kt pintu gerbang dia oii…seronok punye pasal.


Then kite org bwk rilek je, slow je…tgh bwk slow time tu lak ade mat rempit tgh setting nk race, ade show la tu…mcm nk ikut. Tp malas plk. Memang bnyk la..rase cm zaman sekolah plk..hahaha..kite org teruskan perjalanan hingga sampai ke Teluk Kemang. Then kite org rest kt situ, tgk laut. Ramai oiii..mcm2 jenis org dapat dilihat, yg cerah ade, gelap ade, separa open ade, yg x open ade, yg nk open habis pon ade…tp kami bt bodo je..bdn xbergerak, mate je bergerak…tgk suasana.. style kn..then p main air kjp, xtahan tgk air, jgn salah angap..air laut k.  memang tenang kepale otak aku…puas hati..




Nas      :           Tidur rapat2 jgn jarak2,
Kami   :           Kenape?
Nas      :           Takut ape2 nanti
Kami   :           Takut pe?
Nas      :           Jin

Memang xleh tahan la..tp dlm gelak2 tu still takut gak..betul gak ape si nasrul ckp tu. Then lepas p tandas, cepat2 cari tmpt tdo..aku siap berlari nk pilih tmpt tdo, xnk tdo tepi..takut kene sergah tetibe..tp silap pilih tmpt lak..aku tdo kt tepi tembok, bile toleh sebelah nampak jalan, langsung aku pandang kt muke Aiman sbb aiman tdo sebelah aku, sebelah Aiman, Nasrul, Zaki tdo hujung..zaki la paling berani..hahaha mase tu nk dekat pukul 4 pg.

Sedar je dh subuh. Memang lena tdo, tetibe ade pak cik dtg, nk azan kot..then tibe2 dia marah, sebab letak kepala atas sejadah.. masing2 terdiam, then pak cik tu pergi dlm nk azan. Kite org pon blah la, sbb bengang..terus solat kt R&R Seremban..then terus balik umah..smpi dlm pukul 7 kot..smpi je terus tdo..ngantuk gile..
Hari tu memang best..life..hehehe



Saturday, 23 April 2011


BABY..BABY..BABY OOOOIIIIII

AKU DAN DIA
Anak sape ni?? 

Seronok kalo ade anak..tau x adik2..pengikat antara seseorang pasangan itu adalah anak2 mereka..
bersyukurlah jika kita dikurniakan anak, sambut kehadiran anak itu dengan perasaan bersyukur. Allah SWT berfirman Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan anak lelaki kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50)

Anak-anak lah penyeri rumah tangga, x percaye tnye mak bapak ko org. bertape seronok nye dia org bile ko org lahir, kemain dia timang2, dodoi2, jage rapi smpi nyamuk pon xleh dekat dgn ko org. Si bapak walaupun time kite dh besar marah2 n asik bengis je, tp hakikatnye dalam hati dia terbentang perasaan sayang kt ko org, dia org nk tgk anak dia org jd org berguna tu je, dia org xharap pon duit ko org, tp kalo ko org nk kasi.. dia org terima je la. rezeki jgn ditolak maut jgn dicari..hehehe

Si mak nye pulak sentiase je backup anak nye...hehehe sentuh pon x pernah. ape yg anak nk semua si ibu ni kasi walaupun terpakse berperang dengan suami dia. demi anak tercinta..oiii dia bwk ko kehulu kehilir dlm perut dia kot..mane dia xsayang.. dgn penat nye, sabar nye..laki2 mane rase..laki2 kurang sabar sikit, tu pasal lelaki xleh mengandung, lagi satu, si lelaki ni selalu bt keje kasar, kalo ape2 jadi kt anak tu kn susah, n lelaki ni kdg2 suke bt xkisah je, beza dgn pempuan, sebab pempuan ni hal remeh pon dia kaji..hehehe..

Jd bersedialah untuk menjadi seorang bapak n ibu yg dapat membimbing anak ko org ke arah yg betul...ingat, anak itu adalah tangungjawab..kite kena bertangungjawab terhadap ape yg dia org buat sampai la dia org  baligh n menanggung dosa n pahalanya sendiri.

Ingat ibu dan ayah anda..kerana mereka sentiasa mengingatkan anda..

Syg bakal bini aku sgt2 (Nur Hidayah bt Taha)...anak 5 org ye..hahahahha






Sunat Tidur Siang Sejenak


Ini adalah satu amalan Rasulullah yang sering baginda lakukan, kite pon pernah bt. sebagai contoh tidur kt kelas..hehehe jd kepada yg sering tidur kt kelas tu cuba la bace catatan ni, ia akan melega kn anda. hehehe

Ketika menjelang waktu Zohor, Rasulullah selalu tidur siang sejenak. tidur ini memberi kepuasan kepada tubuh yang telah letih dan penat. Tubuh kite ni memang xleh nk terus menerus bt kerje, kite bukan robot. jd amal kn tidur utk menjage kesihatan. penting tau..tidur pon ade care dia. waktu sebelum asar, jgn tidur selepas subuh yg sering org zaman sekarang bt, termasuk aku sendiri, lepas subuh booom tdo balik..conferm, time praktikum je x..hehehe

Jangan kite abaikan tidur, kerana apabile kite xtidursecara kite xsedar, akan terjadi penurunan kemampuan pada badan utk melakukan perkerjaan, dan boleh mendatangkn penyakit, antaranya adalah masalah otot dan saraf. 

Tp ingat...jgn tidur selepas waktu asar, lepas makan dan lepas subuh..xelok..kalo tidur waktu asar kite bakal jadi gile. Kalo tidur lepas makan ko org punye hati nanti jd keras dan (obesiti). Kalo waktu subuh plk, mase tu rezeki tengah dibahagikan..ko org xnk ke rezeki saat ia tengah dibahagikan???..aku pon xnk oiii...

Jadi bagi kwn2 ku yg nk tidur kt kelas, tidur la lepas zohor..hehehe..jgn time pagi..kalo ade kelas pukul 2.30 petang tu ko org tidur la..hehehe..kalo lec tegur cakap la letih, nk tingkatkn tenaga utk solat malam nanti. hehehe..SALAM..